Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Sam Smith batal Konsert ‘Gloria the Tour’

    Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai konsert Sam Smith yang terhenti dan dibatalkan serta merta selepas dia menyanyikan beberapa lagu di Manchester.

    Menurut Daily Mail, Sam Smith memohon maaf selepas membatalkan konsert di Arena Manchester pada malam Khamis yang lepas.

    Kelihatan di TikTok, Sam Smith segera turun dari pentas selepas menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada pita suaranya selepas mempersembahkan lagu hitnya, Too Good at Goodbyes.

    Kejadian itu meninggalkan tanda tanya besar kepada peminat disebabkan peminat dibiarkan dalam keadaan gelap selama lebih kurang 20 minit tanpa penjelasan.

    Selepas itu, Sam menulis permohonan maaf dan menjelaskan keadaannya melalui Instagram peribadi.

    Sam Smith juga menjelaskan bahawa dia telah memikirkan untuk meneruskan persembahan itu. Tetapi dia menyedari bahawa persembahan itu tidak dapat diteruskan kerana merasakan tidak kena pada suaranya.

    Manakala di Instagram story terbarunya, Sam Smith mengakui dia terpaksa berehat sepenuhnya akibat kecederaan pita suara.

    Atas kejadian tersebut juga, dia terpaksa membatalkan tiga konsertnya yang akan datang dan berjanji akan mengembalikan semula wang kepada peminat yang membeli tiketnya. – Agensi

    Sam Smith mengakui dia terpaksa berehat sepenuhnya akibat kecederaan pita suara. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...