Sam Smith yakin dijangkiti Covid-19

Meskipun tidak melakukan ujian saringan Covid-19, penyanyi Sam Smith mengakui dia sangat yakin telah dijangkiti wabak tersebut.

Memetik laporan NME, Sam Smith memberitahu bahawa dia ada mengalami semua gejala yang menunjukkan dirinya dijangkiti dan mengambil langkah menjalani kuarantin di rumah.

“Saya tidak membuat ujian saringan tapi saya tahu bahawa saya 100 peratus dijangkiti wabak Covid-19. Semua gejala yang saya baca mengarah kepada perkara itu.

“Jadi saya fikir saya memang dijangkiti wabak itu. Oleh kerana semua orang dikuarantin, pada masa itulah saya mengatasinya dengan kuarantin diri.

“Dua minggu pertama, saya hanya bernyanyi untuk diri saya sendiri dan saya tidak mahu memfilemkannya. Saya hanya mahu berjalan-jalan di rumah dan menyanyi,” katanya.

Sam Smith berkongsi perkara itu dalam temu bual bersama Zane Lowe dari AppleMusic baru-baru ini.

Penyanyi lagu I’m Not The Only One itu berkata bahawa dia dapat segera mengatasi perkara itu dengan membuat kurantin diri di rumah dan meluangkan masa dengan bernyanyi. – Agensi

Sam Smith yakin dirinya telah dijangkiti Covid-19. – Agensi