Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Sama-sama biaya VAR

    KUALA LUMPUR, 9 NOV – Pengeluaran dana bagi menampung kos penyediaan peralatan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR), memerlukan usaha sama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

    Naib Presiden FAM, Mohd Firdaus Mohamed berkata ini kerana penggunaan VAR adalah untuk kelancaran pengadilan bagi perlawanan anjuran MFL, namun pengadil adalah daripada FAM. “Dari segi pasukan pula, mungkin boleh membantu dari segi persiapan infrastruktur di stadium,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pihak yang perlu bertanggungjawab mengeluarkan sejumlah dana yang besar bagi memajukan pembangunan pengadilan bola sepak tempatan di negara ini. Mohd Firdaus bagaimanapun berkata pemeriksaan perlu dilakukan bagi memastikan tahap ketersediaan tempat agar sistem itu dapat dilaksanakan dengan baik.

    “Ada sesetengah stadium yang mungkin tidak sesuai dan sebagainya, jadi jabatan teknikal perlu pergi dahulu ke setiap stadium bagi mengenal pasti dahulu apa yang perlu dinaik taraf. Kita lihat ia lebih kepada keperluan daripada tekanan untuk ke arah yang lebih profesional, malah negara jiran Thailand juga sudah pun menggunakan alatan VAR,” katanya. – Bernama

    Mohd Firdaus mahu FAM dan MFL tampung bersama kos VAR. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...