Sama-sama semarak bulan Ramadan

Oleh Ak Zaki Kasharan

TUTONG, 5 MEI – Dalam menyemarakkan lagi bulan suci Ramadan, Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Keriam turut mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di masjid berkenaan, baru-baru ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Abdul Wahab bin Apong selaku penghulu Mukim Tanjong Maya.

Pada majlis itu, bacaan khatam Al-Quran beramai-ramai dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid selaku Pengerusi Masjid Kampung Keriam, Awang Mohamad Fauzi bin Haji Anuar.

Kemudian, majlis turut diselajurkan dengan bertahlil beramai-ramai sebelum diakhiri dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim dan orang istimewa oleh tetamu kehormat majlis.

Tetamu kehormat menyampaikan sumbangan derma kepada salah seorang penerima. – Gambar serahan Masjid Kampung Keriam