WASHINGTON, 15 Ogos 2007 – Syarikat bunga di AS, yang menghantar ucapan terima kasih kepada seorang pelanggan atas tempahannya bagi bunga ros kini disaman oleh lelaki itu, yang berkata nota itu menyebabkan isterinya tahu dia berlaku curang.
Media AS melaporkan syarikat itu, dipanggil 1-8000-Flowers, selepas pelanggan menghubungi untuk membuat tempahan, ia menghantar ucapan penghargaan kepada Leroy Greer bagi tempahan bunga bernilai AS$100 itu.
Menurut laporan lain, nota itu telah dilihat oleh ister Greer, yang menghubungi syarikat itu bagi meminta penjelasan.
Syarikat itu kemudian menghantar salinan resit jualan bersama nota yang dihantar kepada teman wanita suaminya yang baru.
“Hanya mahu berkata saya cintakan kamu dan kamu segala-galanya bagiku!” bunyi ucapan itu, menurut laporan.
Isteri Greer memfailkan cerai, dengan invois itu dijadikan sebagai bukti kecurangan suaminya.
Greer menuduh syarikat itu mencabuli kontrak, menegaskan wakil jualan berkata tidak ada notis pembelian akan dihantar ke rumah atau pejabatnya.
ABA menghubungi syarikat bunga itu yang berkata: “Kami mengambil berat hal berkaitan dengan pelanggan kami. Bagaimanapun ia menambah: “Kami tidak bertanggungjawab bagi kelakuan seseorang.”