Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Samba iringi skuad Brazil

    DOHA, 20 NOV – Beratus-ratus peminat dari Asia Selatan dan Amerika Selatan menyambut ketibaan Neymar dan rakan sepasukannya selepas skuad Brazil mendarat di Qatar dalam misi mereka untuk merangkul kejuaraan keenam Piala Dunia.

    Peminat dari India memukul gendang dan menzahirkan sokongan mereka terhadap skuad Brazil di luar hotel Doha yang bakal menjadi kem Selecao untuk kejohanan ini.

    “Kenapa peminat menyokong Brazil? Kerana mereka adalah yang terbaik di dunia,” kata Kelly Dias, rakyat Brazil yang akan meluangkan masa selama tiga minggu di Qatar.

    “Awda boleh melihat di sepanjang jalan raya. Brazil adalah pasukan pilihan,” tambahnya.

    Beribu-ribu peminat bola sepak dari India di Qatar kebanyakannya menyokong Argentina dan Qatar.

    Seperti semasa kedatangan skuad Argentina, peminat Brazil hanya dapat melihat sekali imbas wira-wira mereka apabila bas yang membawa pemain-pemain itu hanya dipandu lalu tanpa berhenti di hadapan para peminat.

    Setiap malam, para peminat akan menganjurkan perkumpulan besar di Doha di mana beratus-ratus peminat akan memukul dram sambil mengibarkan bendera Argentina dan Brazil. Beberapa kumpulan kecil dilihat menyokong skuad England dan negara-negara Eropah. – AFP

    Para peminat Brazil memegang sepanduk sambil berkumpul di luar Westin Doha Hotel & Spa di Doha untuk menyambut kedatangan skuad Brazil. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...