Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Sambut baik campur tangan dalam kit ART

    Berita jutaan kit ujian antigen pantas (ART) yang akan didatangkan ke negara ini oleh kementerian relevan pada sidang media hari ini Alhamdulillah telah memberikan kelegaan kepada orang ramai dan terima kasih kepada pihak terbabit yang prihatin dengan keluhan rakyat tentang kesukaran mendapatkannya.

    Ini kerana kit tersebut seperti sudah menjadi kewajipan pada fasa endemik ini bagi setiap orang sama ada untuk memasuki pejabat, sekolah, acara dan sebagainya.

    Namun ramai mengeluh kerana sukar mendapatkannya dan boleh dianggap sebagai ‘emas’ ketika ini malah jika ada sekalipun harganya melambung tinggi.

    Apa lagi sebahagian pihak mengambil kesempatan menjualnya dengan harga yang agak mahal ketika seluruh rakyat amat memerlukannya.

    Harga ART yang tinggi ini juga mengakibatkan perbelanjaan bulanan sesiapa saja ketika ini semakin meningkat berikutan tambahan pembelian keperluan kesihatan seperti ART, pelitup muka, pensanitasi tangan dan sebagainya.

    Malah kesan peningkatan perbelanjaan ini lebih lagi terasa bagi mereka yang berpendapatan rendah dan memiliki ahli keluarga yang ramai.

    Justeru penjualannya ketika ini lebih membebankan mereka yang berpendapatan rendah.

    Dengan pengumuman hari ini, diharap harga kembali terkawal dan jika berlebihan daripada pihak relevan, mungkin boleh juga diberi secara percuma kepada keluarga ramai yang memerlukan.

    Atau jika bukan percuma, harganya boleh disubsidikan untuk golongan yang amat memerlukan. Kita tidak ingin melihat mereka semakin terbeban dengan harga kit yang melambung tinggi sekali gus dapat membantu meringankan golongan berpendapatan rendah ini.

    Harga subsidi untuk pihak swasta memerlukan juga boleh dipertimbangkan, agar memudahkan kawalan dan penularan jangkitannya, sekali gus memastikan fasa endemik berjalan lancar dan mempermudahkan ekonomi rakyat dan negara.

    Rakyat terkesan

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...