Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Sambut Ilal Hijrah bersama mualaf

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OGOS – Bagi menanamkan rasa cinta terhadap Rasulullah SAW, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) melalui Persatuan Nurul Islam (PNI) Daerah Brunei dan Muara dan Bahagian Pembangunan Mualaf (Pengupayaan Mualaf) telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1444H/2022M bagi mualaf di Dewan Persidangan PDI, Kampung Pulaie, kelmarin.

    Majlis berkenaan juga bertujuan untuk menghayati peristiwa Hijrah dan perjuangan Rasulullah SAW dalam menyebarkan Islam serta mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya di samping menanamkan sikap beriman, berilmu dan beramal dalam kehidupan para mualaf.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Ugama Kanan, Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman selaku wakil peribadi Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Majlis juga dihadiri oleh ahli-ahli PNI, pelajar-pelajar kelas bimbingan mualaf serta sebahagian pegawai dan kakitangan PDI.

    Antara lain tujuan majlis ini diadakan bagi membentuk akhlak dan perilaku terpuji serta sikap yang lebih positif kalangan para mualaf berdasarkan prinsip penghijrahan dalam Islam.

    Majlis itu juga menekankan betapa pentingnya hijrah dalam kehidupan sebagai umat
    Islam.

    Majlis telah diisikan dengan sesi kongsi sama daripada dua orang mualaf mengenai ‘Mengapa saya memeluk Islam’, dan diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr Mohd Yusuf Khalid dari Pusat Kefahaman Ahli Sunnah Wal-jamaah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

    Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada dua orang mualaf berkenaan dan bacaan Doa Selamat.

    Haji Ahmad Abdussalam menyampaikan cenderamata kepada mualaf yang berkongsi pengalaman semasa sesi kongsi sama.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...