Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Julai – Sambutan Hari Raya Aidilfitri masih lagi terasa kemeriahannya meskipun bulan Syawal sudah pun berakhir beberapa hari yang lalu.
Sehubungan itu, Keluarga Allahyarham Pengiran Haji Ahmad (PHA) tidak ketinggalan mengadakan Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri 2017 di salah sebuah hotel di Kiulap, semalam.
Menurut Pengiran Haji Rosman bin Pengiran Haji Shahbudin wakil bagi Keluarga PHA berkata, majlis berkenaan merupakan majlis tahunan keluarga mereka yang telah diadakan sejak tahun 1989.
Pengiran Haji Rosman menambah bahawa majlis keluarga berkenaan juga bertujuan untuk memupuk kemesraan sesama keluarga dan menjalin persefahaman yang mantap.

“Hubungan kekeluargaan yang erat amatlah penting dan dituntut kerana adanya keakraban itu, keluarga akan bahagia dan dengan sendirinya hubungan keluarga-keluarga PHA bertambah mesra,” ujar Pengiran Haji Rosman.
Majlis juga dimeriahkan dengan persembahan pentas, pertandingan pakaian beragam kanak-kanak dan dewasa, cabutan bertuah dan peraduan kuiz ria yang ditaja oleh tujuh buah ketua keluarga daripada keluarga besar PHA dan seterusnya menikmati jamuan dengan pelbagai juadah hari raya.