Sambutan Hari Kebangsaan meriah

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Dengan hasrat untuk menanamkan semangat patriotisme di kalangan murid-murid sekolah, Sekolah Chung Hwa Kiudang, Tutong telah mengadakan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-36, di sekolah berkenaan pada 29 Februari lalu.

Semasa acara sambutan berkenaan, seramai 108 orang murid ikut serta dalam pembentukan angka 36 bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-36 tahun.

Untuk memeriahkan lagi majlis, murid-murid juga diarahkan untuk memakai pakaian daripada bangsa masing-masing dengan hasrat untuk memperkenalkan lagi warisan dan budaya yang terdapat di negara kita kepada murid-murid.

Murid-murid memakai pakaian Puak Dusun semasa Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-36 di sekolah berkenaan. – Gambar oleh Sekolah Chung Hwa Kiudang