Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Sambutan Hari Raya ceriakan pelajar Pusat Ehsan

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 17 MEI – Baden Powell Guild (BP Guild), Persatuan Pengakap Daerah Belait telah menjemput 13 orang pelajar berkeperluan khas dari Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) di daerah ini untuk menghadiri majlis Sambutan Hari Raya yang diadakan di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kampung Pandan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah ahli Lembaga Pemegang Amanah Pusat Ehsan, Audrey Choo yang dialu-alukan oleh Pengerusi BP Guild, Awang Beelie bin Tengah.

    Turut hadir ialah ahli-ahli BP Guild, kakitangan Pusat Ehsan dan ahli keluarga pelajar berkeperluan khas berkenaan.

    Awang Beelie dalam ucapannya berkata, acara berkenaan merupakan salah satu daripada pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh BP Guild untuk mengukuhkan lagi hubungan sesama mereka dan masyarakat sekeliling.

    Kemudian majlis diteruskan dengan beberapa persembahan bertemakan Hari Raya yang dipimpin oleh pelajar-pelajar berkeperluan khas dari Pusat Ehsan, yang disusuli dengan tetamu kehormat menyerahkan keperluan makanan asas kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas bagi pihak BP Guild.

    Sebagai tanda penghargaan, Timbalan Pengerusi BP Guild, Haji Abdul Aziz bin Haji Abdul Ghani juga menyampaikan sijil kepada penaja-penaja yang membantu menjayakan majlis itu, termasuk Yun Hin Trading Sdn Bhd, Haji Yakob bin Tarudin, Syukri Sakinah Restaurant, Bui Quet Yee, dan Perpustakaan DBP Kampung Pandan.

    Para pelajar Pusat Ehsan semasa membuat persembahan bertemakan Hari Raya pada majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...