Wednesday, February 19, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sambutan Hari Raya terus semarakkan bulan Syawal

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Julai – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), semalam, telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Stadium Tertutup Berakas semata-mata untuk menyambut kejayaan umat Islam memberi tumpuan untuk beribadah kepada Allah S.W.T pada bulan Ramadan dengan kemeriahan.

    Hadir mengalu-alukan warga KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya, penggiat seni dan kebudayaan, para pemimpin belia dan sukan, belia-belia, ahli sukan dan anggota masyarakat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Juga hadir ialah setiausaha-setiausaha tetap di KKBS, ketua-ketua jabatan, para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan KKBS.

    Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi ketika mengunjungi salah sebuah petak makanan semasa sambutan tersebut.
    Yang Berhormat Pehin Haji Awang Halbi ketika mengunjungi salah sebuah petak makanan semasa sambutan tersebut.

    Langkah KKBS meluaskan jangkauan sambutan Hari Rayanya adalah manifestasi pengekalan amalan kunjung-mengunjungi di antara komuniti. Peluasan jemputan kepada anggota organisasi kebudayaan, kebeliaan, kesukanan dan kemasyarakatan hampir 400 orang di seluruh daerah yang mengharungi perjalanan dari jauh memperlihatkan kejituan hubungan keluarga besar KKBS.

    KKBS mengadakan majlis itu di hujung minggu bagi jemputan di sektor swasta dan di penghujung waktu pejabat bagi warganya. Hari Raya adalah antara masa paling sesuai untuk KKBS mengemas kini status serta profil kekeluargaan kebudayaan, belia, sukan dan masyarakatnya bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan bermaaf-maafan serta mendoakan sesama insan semoga amal ibadah yang dilaksanakan di bulan Ramadan diterima oleh-Nya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda