Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Sambutan Israk Mikraj bertemakan ‘Sembahyangku kerana Allah’

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara bagi Tahun 1443 Hijrah akan diadakan esok (28 Februari), mulai 9 pagi di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien di sini dengan membawa tema ‘Sembahyang Ku Kerana Allah’.

    Sehubungan itu, persiapan bagi majlis berkenaan giat dijalankan dan hadir bagi menyaksikan persiapan ber-kenaan, hari ini, ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, serta ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Tahun 1443 Hijrah.

    Majlis sambutan tahun ini akan diisikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan kesimpulan maknanya, serta tazkirah khas.

    Majlis dikendalikan bersama oleh Kementerian Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU).

    Dalam sama-sama mengawal dan membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini, para jemputan hendaklah mematuhi garis panduan yang ditetapkan ketika menghadirinya,

    Ini termasuk, mendaftar masuk menggunakan aplikasi BruHealth dan mempunyai kod hijau atau kuning, menjalani ujian pantas antigen (ART) di tempat yang disediakan sebelum memasuki masjid.

    Individu yang tidak bervaksin penuh mestilah menunjukkan bukti keputusan ART negatif; digalakkan berwuduk sebelum menghadiri majlis; memakai pelitup muka; membawa tikar sembahyang bersaiz besar; membuat pemeriksaan suhu badan; digalakkan mensanitasi tangan; tidak bersalam-salaman; mengamalkan penjarakan fizikal dan segera bersurai selepas selesai acara. Individu yang mempunyai simptom-simptom seperti demam panas, batuk, selesema, masalah pernafasan dan sebagainya adalah dinasihatkan untuk tidak hadir ke majlis berkenaan. Perempuan dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun juga tidak dibenarkan hadir.

    Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom (kiri) ketika meninjau persiapan bagi Sambutan Israk Mikraj di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...