Sambutan ke-40 tahun Walkman

TOKYO – Alat elektronik Jepun yang pernah menjadi ikon dan antara gajet yang harus dimiliki pada tahun 80an, meraikan ulang tahun ke-40 tahun ini, seperti peminatnya pertengahan tahun sekarang masih bergantung kepada golongan belia dengan kemaskini teknologi canggih.

Pada 1 Julai 1979, ketika ekonomi dunia mengalami kejutan kejatuhan harga minyak kedua, Sony memperkenalkan sebuah mesin yang berwarna biru tua dengan butang berwarna perak kepada dunia, iaitu Walkman TPS-L2. Dengan berharga 33,000 yen, iaitu AS$300 nilai wang hari ini, generasi pertama Walkman tidak boleh membuat rakaman tetapi muzik stereo yang berfungsi mengulang semula lagu telah menarik penduduk Jepun dan di dunia.

Ia mempunyai dua audio jack dengan label ‘guys’ dan ‘dolls’ untuk membolehkan dua orang mendengar secara serentak. Butang yang berwarna jingga digunakan untuk mengurangkan bunyi suara ketika sedang berbual-bual.

Pada bulan pertama, Walkman hanya dijual sebanyak 3,000 unit. Selepas itu, keuntungan semakin bertambah dengan merekodkan sebanyak 1.5 juta keseluruhan untuk modal yang pertama. Modal yang kedua, WM-2, berwarna merah, hitam dan perak, dijual sebanyak 2.58 juta unit.

Selepas empat dekad, Sony telah menjual 420 juta Walkmen dan mereka berhenti mengira apabila model yang telah dibuat itu mencapai 1,000 ketika 15 tahun yang lalu. Syarikat elektronik Jepun yang terbesar itu memberi nama kerana populariti Superman ketika itu dan secara hakikatnya ia berdasarkan rakaman audio yang sedia ada dipanggil ‘Pressman.’

Pelbagai jenis walkman Sony telah dipamerkan sebagai sambutan ke-40 tahun. -AFP

Perkataan ‘Walkman’ menjadi sebutan setiap hari namun alat itu sebenarnya dipanggil Soundabout, Stowaway atau Freestyle di sebahagian tempat di dunia.

“Walkman merupakan zaman muda saya. Ia sentiasa dalam hidup saya,” kata Latsuya Kumagai, yang kini berusia 51 tahun sambil meninjau pameran menandakan sambutan yang ke-40 untuk edisi yang pertama dan menawarkan pelawat untuk memainkan beberapa model-model yang lama. Kumagai yang berusia 11 tahun, tidak akan mampu memiliki Walkman dan mencemburui kanak-kanak lain yang tersengih bermain papan longsor sambil memainkan lagu terbaharu.

“Saya agak emosi. Kenangan-kenangan lama telah kembali semula,” katanya yang memikirkan banyak perkara bagi peminat pertengahan tahun di mana Walkman telah menyediakan lagu-lagu semasa mereka muda. Selepas teknologi Compact Disc dikeluarkan pada tahun 1980 dan MiniDisc Walkman tahun 1992, Sony menyambung semula pengeluaran mereka dengan Walkman edisi kaset sehingga 2010.

Seperti industri lain, syarikat Jepun telah digegarkan dengan iPod keluaran Apple apabila pendengar koleksi muzik telah bersedia untuk membuat perubahan. Tetapi Sony bergelut untuk bersaing dengan versi baharu yang jauh berbeza dengan generasi lama dengan berharga AS$2,000 dan kelihatan seperti telefon pintar dengan memori kad dan audio tinggi.

Scott Fung, berusia 17 tahun, menghadiri pameran itu, dan beliau tidak tahu bila waktu mereka tidak mendengar muzik sambil berjalan dan mengatakan beliau hanya pernah mendengar mengenai Walkman dan berminat untuk memuaskan rasa ingin tahunya.

“Sejak saya dilahirkan, peranti selalu mempunyai skrin dan tidak mempunyai butang fizikal,” katanya sambil menggenggam telefon pintarnya dan melihat Walkman pertama yang dipamerkan itu.

“Semasa saya lahir, Sony walkman tidak lagi popular dan ia bukan sebahagian daripada kehidupan seharian saya,” kata seorang pelajar dari Hong Kong yang mendengar muzik dari telefon pintarnya. Namun, tanpa disedari beliau telah mendedahkan bahawa beliau juga peminat teknologi lama.

“Saya rasa reka bentuk lama sangat bijaksana di mana anda hanya perlu tekan ‘main’ dan ‘berhenti’, dan memainkan lagu berulang-ulang. Bagi saya ia sangat menarik,” katanya. Jurutera Sony, Hiroaki Sato, yang pernah bekerja ketika edisi Walkman yang terawal mengatakan ia sangat sukar untuk meniru teknologi masa ini kerana ia melibatkan komponen kepersisan tinggi dan teliti dalam penghasilan semula.

Beliau juga mengatakan versi yang terkini tidak akan mampu bertahan selama 40 tahun sebagai format rakaman dan bateri yang dicas pasti akan diubah tanpa pengiktirafan. Tetapi Walkman lama telah bertahan walau masa telah berubah.

“Ketika membaikinya, saya sedar bahawa ia adalah mesin yang sangat hebat. Jika kami menukar tali getah yang rosak, ia akan baik seperti biasa. Ia sangat menarik,” katanya lagi. – AFP