Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Sambutan kemenangan Bagnaia bawa padah

    PARIS, 7 JULAI – Francesco Bagnaia memohon maaf atas kecuaiannya selepas pelumba MotoGP Itali itu didapati memandu dalam keadaan mabuk di pulau percutian Sepanyol, Ibiza kelmarin.

    Tiada orang lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut tetapi sumber polis memberitahu AFP bahawa keputusan ujian alat pernafasan Bagnaia menunjukkan dia menghembuskan tiga kali ganda melebihi had yang dibenarkan iaitu 0.25mg seliter udara yang dihembus di bawah undang-undang Sepanyol.

    Bagnaia akan berdepan dengan kes perbicaraan atas kecuaiannya itu di mana sesiapa sahaja yang mempunyai paras melebihi 0.60mg dianggap telah melakukan salah laku. Jika didapati bersalah dia boleh dipaksa menjalankan khidmat masyarakat dan didenda. Dia juga boleh digantung daripada memandu antara satu hingga empat tahun.

    Sementara itu, sumber polis menolak kemungkinan Bagnaia akan dipenjarakan yang mana kesalahan itu membawa kemungkinan hukuman penjara tiga hingga enam bulan disebabkan kerosakan yang berlaku adalah ringan dan tidak melibatkan orang lain.

    Bintang Ducati berusia 25 tahun itu dilaporkan memusingkan keretanya hingga hilang kawalan selepas meninggalkan kelab malam tempat dia meraikan kemenangannya di Grand Prix Belanda pada 26 Jun lalu.

    Ia merupakan kemenangan ketiganya dalam kempen tersebut selepas dia gagal menamatkan perlumbaan dalam dua perlumbaan sebelumnya. Bagnaia menyatakan bahawa dia memohon maaf atas kecuaiannya dan menambah dia telah belajar daripada kesilapannya serta mengingatkan peminatnya agar tidak memandu dalam keadaan yang mabuk. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...