Sambutan Nuzul Al-Quran terus diperingati

Oleh Syahmi Hassan, Yusrin Junaidi & Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MEI – Sambutan Nuzul Al-Quran terus diperingati dengan majlis-majlis sambutan yang diadakan oleh pelbagai pihak di negara ini termasuk kementerian-kementerian kerajaan.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di bawahnya adalah antara yang mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran peringkat kementerian yang dikendalikan oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, di Dewan Bankuet, Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat, Jalan Dewan Majlis, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Acara diserikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh qari jemputan, Awangku Adi Nazri bin Pengiran Haji Jofri yang merupakan johan Musabaqah Tilawah Al-Quran Belia Kebangsaan 1442 Hijrah/ 2020 Masihi peringkat akhir dan diikuti dengan ceramah khas bertajuk ‘Ramadan Membentuk Sahsiah Berkualiti’ yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) iaitu Pegawai Hal Ehwal Masjid, Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahuddin.

Majlis juga diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada seramai 85 orang anak yatim seterusnya yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim pada majlis yang berlangsung di Dewan Digadong, KKBS, kelmarin.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Haji Suhaimi menyampaikan derma kepada salah seorang anak yatim. – Gambar Kementerian Pembangunan
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima. – Gambar serahan KHEDN
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri bersama tetamu lain pada majlis sambutan Nuzul Al-Quran di Dewan Bankuet, Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat, Jalan Dewan Majlis, kelmarin. – Gambar serahan KHEDN
Dr Haji Norarfan menyampaikan derma kepada salah seorang penerima pada majlis yang diadakan di Surau Al-Syafi’i, UNISSA. – Gambar UNISSA
ATAS & BAWAH: Antara yang hadir pada majlis sambutan Nuzul Al-Quran yang berlangsung di Dewan Seri Kerna, Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH.

Sebahagian hadirin pada majlis anjuran KKBS kelmarin.
Antara yang hadir pada majlis khatam Al-Quran di Dewan Digadong, KKBS, kelmarin.
Para hadirin semasa majlis yang diadakan di Dewan Betabur, Bangunan Kementerian Pembangunan. – Gambar Kementerian Pembangunan
Antara yang hadir pada majlis anjuran UNISSA. – Gambar serahan UNISSA

Turut mengadakan majlis seumpamanya adalah Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang berlangsung di Dewan Betabur, Bangunan Kementerian Pembangunan di mana majlis turut diselajurkan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Seramai 44 orang anak yatim yang terdiri daripada anak-anak warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya menerima derma hasil kutipan daripada para pegawai dan kakitangan kementerian tersebut.

Majlis diserikan dengan ceramah khas bertajuk ‘Al-Quran Hadiah Paling Istimewa untuk Semua’ yang disampaikan oleh Pegawai Ugama Pusat Dakwah Islamiah (PDI), KHEU, Awang Mohammad Nasyith bin Superi.

Sementara itu, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Tahun 1443 Hijrah /2021 Masihi, Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sedekah Anak-anak Yatim yang berlangsung di Dewan Digadong, KKBS, hari ini.

Majlis khatam Al-Quran diadakan bagi meraikan warga KKBS yang telah menamatkan tadarus bagi memperbaiki dan menghalusi pembacaan yang dijalankan sepanjang Ramadan dan juga penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim warga kementerian.

Majlis sambutan telah diserikan dengan ceramah berkisar tema sambutan kebangsaan tahun ini iaitu ‘Al-Quran Asas dan Pemangkin Pembangunan Negara’ yang telah disampaikan oleh Pegawai Perkembangan Ugama, PDI, Haji Muhammad Nazir bin Haji Othman.

Kemudian majlis disusuli dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim yang disempurnakan oleh tetamu kehormat dan diakhiri dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam serta Doa menghindari Wabak COVID-19.

Turut memperingati Nuzul Al-Quran adalah Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH yang mengadakan majlis sambutan di Dewan Seri Kerna, Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH.
Hadir semasa majlis berkenaan ialah Pengarah Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH, Awang Alias bin Abu Bakar; Timbalan Pengarah Pentadbiran, Pengiran Hajah Hamidah binti Pengiran Haji Hidup; Timbalan Pengarah Profesional, Dr Paryono; pegawai-pegawai dan kakitangan pusat berkenaan.

Pada majlis itu, ceramah bertajuk ‘Menghayati 10 hari terakhir Ramadan dan Malam Lailatul Qadr’ disampaikan oleh Penolong Pensyarah, Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Awang Mohammad Khairul Nazif bin Haji Awang Damit.

Institusi pengajian tinggi seperti Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) juga tidak terlepas menyemarakkan peristiwa penting dalam kalender Islam itu melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran, Penutup Tadarus, Iftar Jama’i (Berbuka Puasa) dan diselajurkan dengan penyampaian derma anak yatim dan penerima bantuan warga UNISSA di Surau Al-Syafi’i, UNISSA, kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal yang turut menyempurnakan penyampaian derma kepada 31 orang anak yatim dan 13 orang penerima bantuan warga UNISSA.

Sumbangan berkenan adalah hasil kutipan daripada warga kerja UNISSA.