Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sambutan Raya BSP penuh meriah

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    SERIA – Lebih 1,000 orang menghadiri Majlis Ramah Mesra Hari Raya Bersama Masyarakat Daerah Belait diadakan oleh Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad (BSP), berlangsung di Pusat Insani baru-baru ini.

    Syarikat tersebut membukakan majlis yang ceria itu untuk kunjungan orang ramai daripada pelbagai bangsa, dan berbagai golongan usia, dengan hasrat untuk mengeratkan siratulrahim dan meningkatkan hubungan baik antara Syarikat BSP Sdn Bhd dan masyarakat persekitaran.

    Mengalu-alukan kehadiran pengunjung pada majlis tersebut ialah Pengarah Urusan Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad (BSP) Dr Ceri M. Powell dan suami, beliau turut mengalu-alukan kunjungan Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung Daerah Belait, serta pegawai dan kakitangan Jabatan Kerajaan dan lainnya.

    Untuk menambah ceriakan lagi majlis tersebut, ianya turut dibukakan kepada penduduk di daerah ini termasuk kakitangan Syarikat BSP Sdn Bhd berserta ahli keluarga dan rakan-rakan mereka.

    Pengarah Urusan Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad, Dr Ceri M. Powell semasa bersama para jemputan yang hadir di Majlis Ramah Mesra Hari Raya Syarikat BSP.
    Pengarah Urusan Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad, Dr Ceri M. Powell semasa bersama para jemputan yang hadir di Majlis Ramah Mesra Hari Raya Syarikat BSP.
    Pengunjung yang hadir menikmati sajian istimewa yang disediakan pada Majlis Ramah Mesra Hari Raya Syarikat BSP Sdn Bhd, diadakan di Pusat Insani Seria.
    Pengunjung yang hadir menikmati sajian istimewa yang disediakan pada Majlis Ramah Mesra Hari Raya Syarikat BSP Sdn Bhd, diadakan di Pusat Insani Seria.

    Turut menyerikan lagi majlis beberapa persembahan dan permainan telah turut diadakan dengan penampilan istimewa daripada pelawat terkenal Beracun, di samping tambah dimeriahkan lagi dengan pelbagai sajian istimewa dihidangkan secara bufet serta menyediakan secara percuma dengan mendapatkan kupon bagi sajian ais krim dan gula-gula kapas dan sebagainya.

    Majlis yang diadakan setiap tahun itu merupakan salah satu daripada aktiviti saham sosial anjuran Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC), sebagai pembangunan masyarakat perdana Syarikat BSP.

    Persembahan Koir daripada penuntut-penuntut Panaga School, telah menambah serikan lagi suasana majlis itu dan sekali gus menghiburkan para pengunjung sambil menikmati hidangan yang disediakan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda