Monday, March 27, 2023
29.9 C
Brunei

-

Sambutan Raya di Surau Berakas Garison

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Julai – Tenaga Pengajar Kelas M3 AQSA Surau Al-Fa’izun Berakas Garison, hari ini, telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di surau berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Guru Penghubung Surau Al-Fa’izun, Awang Faidil Rosemady dan dihadiri sama murid-murid mengaji dan Kelas Tahsin ibu-ibu di surau tersebut.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh wakil pelajar lelaki Kelas Taranum iaitu Awang Mohd Nazirul Azizan bin Bahren dan seterusnya diserikan dengan persembahan Tausyeh oleh pelajar perempuan Kelas Taranum berkenaan.

Acara yang diakhiri dengan jamuan itu antara lain bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga surau, guru-guru dan murid-murid di samping menikmati suasana Hari Raya Aidilfitri yang masih terasa.

Persembahan Tausyeh dari pelajar Kelas Taranum bahagian pelajar perempuan.
Persembahan Tausyeh dari pelajar Kelas Taranum bahagian pelajar perempuan.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -