Wednesday, February 1, 2023
23.8 C
Brunei

-

Sambutan TBC kembali meriah

KUALA LUMPUR, 22 JAN – Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) di Sabah dan Sarawak kembali meriah dengan kepulangan ahli keluarga termasuk dari luar negara yang sebelum ini berdepan ‘sekatan’ susulan pandemik COVID-19, selain menyaksikan peningkatan kehadiran pengunjung di kawasan pelancongan.

Di Sabah, sebahagian daripada penganut Buddha menyambut perayaan itu dengan upacara sembahyang di tokong seperti di Tokong Kuan Loon Tien di Kota Kinabalu. 

Selain itu, orang ramai turut mengambil kesempatan cuti perayaan itu dengan mengunjungi kawasan pelancongan seperti di Kundasang yang terletak di kaki Gunung Kinabalu dan Gaya Street yang terkenal dengan pasar rakyat pada setiap Ahad.

Tinjauan Bernama mendapati orang ramai yang berkunjung ke tempat awam masih mematuhi prosedur operasi standard (SOP) mengekang COVID-19 antaranya menggunakan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman walaupun SOP itu telah dilonggarkan.

Di Sarawak, bagi Lum Chi Hong, 37, sambutan TBC kali ini lebih meriah kerana keluarga terdekat termasuk ayahnya yang bekerja di Singapura dapat balik selepas tidak dapat berbuat demikian dua tahun lepas kerana SOP rentas sempadan yang ketat melibatkan ke dua-dua negara.

“Jadi kali ini, sambutan TBC lebih meriah kerana semua ahli keluarga yang jauh dan dekat dapat berkumpul meraikannya,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. – Bernama

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (empat, kanan) dan isteri Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang (tiga, kanan) menggaul Yee Sang pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di Ibu Pejabat SUPP, kelmarin. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hampir 50 maut dalam insiden letupan masjid

PESHAWAR, PAKISTAN, 30 JAN – Pegawai polis antara kira-kira 47 orang terbunuh dan 150 lagi cedera dalam satu letupan di sebuah masjid di dalam...
- Advertisment -