Sambutan TBC terus meriah

Oleh Daniel Lim

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 FEB – Kemeriahan Tahun Baharu Cina (TBC) masih dapat dirasakan dalam majlis sambutan yang diadakan oleh Persatuan Foochow di bangunan utamanya di Pekan Belait, hari ini.

Kehadiran ahli-ahli telah dialu-alukan oleh Pengerusi Persatuan Foochow, Tan Tei Tei bersama beberapa orang ahli jawatankuasa yang bukan sahaja menyediakan hidangan malah pelbagai aktiviti TBC untuk semua peringkat usia.

Dalam ucapannya, Tan Tei Tei menekankan bahawa majlis sambutan berkenaan merupakan acara tahunan yang bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan ahli dan keluarga persatuan dengan meluangkan masa bersama.

Antara aktiviti yang diadakan bagi memeriahkan majlis berkenaan adalah cabutan bertuah dengan menawarkan hadiah bertemakan sambutan iaitu angpau yang diberikan secara berselang seli sepanjang sambutan.

Beberapa orang menyertai aktiviti kaligrafi yang turut diadakan semasa sambutan TBC Persatuan Foochow.
Gambar ramai kebanyakan ahli yang hadir semasa sambutan TBC Persatuan Foochow.