Sameer Sharma meninggal dunia

Berita kematian pelakon popular Bollywood, Sameer Sharma mengejutkan ramai peminat termasuklah rakan artis.

Menurut laporan The Indian Express, pemergian aktor berusia 44 tahun ini dipercayai akibat bunuh diri dan ia mengundang sebak serta duka kenalan selebriti sehingga mereka mencipta tanda pagar #RIPSameerSharma di media sosial.

“Sementara seluruh dunia sibuk berbalah pendapat tentang agama dan politik, sebenarnya ada orang yang berjuang untuk teruskan hidup… tapi ada yang mengakhiri hidupnya dengan cara lain kerana tiada yang peduli. Rest in peace Sameer!,” tulis pelakon Kabita Kaushik.

“Semoga tenang di sana. Semoga keluarga diberi kekuatan atas kehi-langan ini… amat membimbangkan angka bunuh diri dan tekanan terus meningkat dalam masyarakat kita.

“Mungkin kita perlu memberikan sedikit perhatian serius dan bukan hanya memikirkan mengenainya tapi juga perlu melakukan sesuatu tindakan,” kata pelakon Shweta Rohira.

Pada Rabu lalu, pelakon filem Hasee Toh Phasee ditemui mati dipercayai bunuh diri di dapur rumahnya yang terletak di kawasan Malad, Mumbai, India.

Sameer dikatakan telah berpisah dengan isteri dan tinggal bersendirian sejak Disember 2019.

Bagaimanapun, hasil siasatan polis tidak menemui sebarang surat atau nota yang menyatakan sebab tindakannya itu. – Agensi

Sameer Sharma dikhabarkan meninggal dunia pada Rabu lalu. – Agensi