Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Samoa kesan puluhan kes COVID

    WELLINGTON, NEW ZEALAND, 21 MAC – Samoa telah melaporkan puluhan kes baharu COVID setiap hari sejak kali pertama mengesan jangkitan komuniti minggu lalu.

    Negara pulau Selatan Pasifik yang mempunyai penduduk 200,000 orang itu telah menjalani sekatan pergerakan sejak Sabtu lalu ketika ia menangani penularan pertama pandemik. Penularan itu dikesan ketika seorang wanita yang hendak melakukan perjalanan diuji positif Khamis lalu dan menunjukkan virus itu kelihatannya telah menular tanpa dikesan selama beberapa hari atau mungkin berminggu-minggu.

    Samoa melaporkan 95 lagi kes baharu dalam tempoh 24 jam hingga Sabtu dan 85 lagi pada Ahad.

    Hanya 15 daripada 196 kes aktif adalah kes import dari negara luar, menurut kenyataan terkini kerajaan yang diperolehi kelmarin. Lebih 2,200 ujian telah dilakukan sejak Jumaat, menurut kenyataan,

    Samoa dan beberapa negara jiran pulau Pasifik antara lokasi terakhir di dunia yang terhindar daripada penularan virus. Namun varian Omicron yang mudah berjangkit telah merubah persamaan itu, dan satu demi satu negara pulau itu telah dijangkiti COVID. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...