Samoa lulus suntikan vaksinasi campak

APIA, SAMOA, 19 DIS – Samoa telah meluluskan undang-undang untuk mewajibkan suntikan vaksinasi ke atas kanak-kanak ketika negara Pasifik itu meneruskan usaha untuk menangani letusan campak yang setakat hari ini telah meragut 77 jiwa, kebanyakannya anak damit.

Negara itu memperkenalkan vaksinasi mandatori sebagai sebahagian daripada darurat yang diumumkan pada November apabila skala jangkitan melanda seluruh penduduk seramai 200,000 itu semakin ketara.

Langkah itu bersama tindakan drastik yang lain seperti penutupan keseluruhan negara selama dua hari bulan ini sementara pasukan vaksinasi bergerak dari pintu ke pintu, telah berjaya mengurangkan kadar imunisasi sekitar 30 peratus kepada 94 peratus. Perdana Menteri Tuilaepa Sailele Malielegaoi berkata vaksinasi wajib itu sekarang akan ditetapkan dalam sistem penjagaan kesihatan Samoa untuk mengawal epidemik akan datang. – AFP