Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Sampai bila tiada tindakan?

    Merujuk surat pembaca bertajuk ‘Bagaimana atasi masalah anjing liar yang tepat?’ oleh Sulaiman yang disiarkan dalam Media Permata pada 1 Jun lalu, menurut saya perkara ini perlu dipertimbangkan oleh pihak relevan.

    Baru-baru ini disiarkan dalam Media Permata kes orang awam dikejar dan digigit anjing semasa berjoging di kawasan Taman Mahkota Jubli Emas sehingga kaki mangsa luka akibat tusukan taring anjing tersebut.

    Persoalannya di sini, sampai bila pihak berkenaan enggan mengambil tindakan terhadap isu anjing-anjing liar ini?

    Bagaimana jika kes ini berlaku terhadap kanak-kanak atau warga emas? Tidak mustahil jika kecederaan yang akan dialami lebih teruk lagi. Justeru bagaimana masalah ini boleh diatasi dengan jitu jika tidak ada sebarang campur tangan pihak relevan.

    Sedangkan kawasan itu adalah kawasan orang awam dan setentunya tidak perlu orang awam sepenuhnya mengatasi permasalahan ini.

    Di samping itu, pencinta haiwan hindarilah daripada memberi makan kepada anjing-anjing liar ini.

    Memang tidak menjadi kesalahan namun haiwan itu boleh sahaja terbiasa menanti orang awam memberi makan dan jika tidak diberi, mungkin ia boleh berubah ganas.

    Orang awam BKC

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...