Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Sampai hati bunuh ibu demi harta

    NEW YORK, 11 MEI – Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) semalam didakwa membunuh ibunya di laut dalam usaha untuk mewarisi estet keluarganya.

    Pendakwa berkata Nathan Carman, 28 tahun, dari Vermont, membunuh Linda Carman dan menenggelamkan bot mereka semasa memancing ikan di luar Rhode Island di timur laut negara pada 2016.

    Dia ditahan semalam dan didakwa dengan lapan pertuduhan, menurut Jabatan Keadilan AS dalam satu kenyataan.

    Carman juga menembak mati datuknya John Chakalos di rumahnya di Windsor, Connecticut pada 2013, menurut pendakwaan berasingan, kata pendakwa.

    Tuduhan baharu mendakwa Carman membunuh dua ahli keluarganya sebagai sebahagian daripada komplot untuk mendapatkan wang dan harta daripada estet Chakalos dan dana amanah keluarga yang berkaitan.

    Selain itu, pendakwa raya juga menuduh bahawa Carman cuba menipu syarikat yang menginsuranskan botnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...