Sampel batu tunjuk bulan ‘aktif’ kebelakangan ini

BEIJING, 19 OKT – Batu bulan pertama dibawakan ke bumi dalam sedekad menunjukkan bulan adalah lebih aktif dalam beberapa bulan kebelakangan ini, berbanding yang disangka sebelumnya, kata saintis China hari ini.

Kapal angkasa China membawa pulang batu dan tanah bulan ke bumi tahun lalu – misi manusia pertama dalam masa empat dekad yang mengumpul sampel dari bulan dan satu kejayaan besar kepada program angkasa lepasnya yang semakin berkembang.

Sampel termasuklah batu igneus – dalam bentuk lahar sejuk – daripada 2.03 bilion tahun lalu, menurut penemuan saintis, menjadikan tarikh terakhir aktiviti volkano di bulan hampir sama dengan masa sekarang sekurang-kurangnya 900 juta tahun.

Analisis sampel mendedahkan ‘bahagian dalaman bulan masih berkembang sekitar dua bilion tahun lalu,’ kata Akademi Sains China (CAS) dalam satu kenyataan.

Batu bulan sebelumnya yang dibawa balik oleh misi angkasa Amerika Syarikat dan Soviet menunjukkan aktiviti bulan sehingga 2.8 bilion tahun lalu, namun memberi jurang dalam pengetahuan saintis mengenai sejarah kebelakangan ini mengenai satelit alami bumi itu memandangkan ia adalah bahagian yang lama dari permukaan bulan. – AFP

Gambar fail pada Mac menunjukkan pelawat ke Muzium Kebangsaan melihat pameran sampel batu bulan dibawakan angkasawan China tahun lalu. Batu bulan itu menurut saintis menunjukkan aktiviti volkano bulan yang aktif kebelakangan ini. – AP