Samsung galaxy s20 dilancarkan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MAC – Telefon pintar Samsung Galaxy S20 Series secara rasmi memasuki pasaran Brunei dengan majlis pelancarannya diadakan oleh DSTIncomm selaku pengedar utama telefon bimbit jenama Samsung di negara ini, hari ini.

Perasmiannya pada majlis yang berlangsung di Samsung Experience Store, Gadong telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif DST, Radin Sufri bin Radin Basiuni bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Pengiran Azaleen bin Pengiran Dato Haji Mustapha.

Galaxy S20 Series terdapat dalam tiga model iaitu Galaxy S20, Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra dengan ciri-ciri menarik siri ini terletak pada fungsi kamera yang mempunyai sistem baharu sepenuhnya.

Galaxy S20 dan Galaxy S20+ mempunyai kamera 64MP, sementara itu Galaxy S20 Ultra dilengkapi dengan kamera beresolusi tinggi yang luar biasa pada 108MP yang membolehkan pengguna zum 30 kali dengan kejelasan penuh.

Pelanggan yang mempunyai kad kredit Baiduri akan mendapat diskaun apabila membeli Galaxy S20, selain itu DST juga menawarkan pelan-pelan kontrak DST Mobi dengan menawarkan harga terendah bagi bayaran pendahuluan.

Radin Sufri dan Pengiran Azaleen semasa pelancaran telefon pintar Samsung Galaxy S20 Series di Samsung Experience Store, Gadong.
Model Galaxy S20 yang dilancarkan kelmarin.