Samsung hentikan pengeluaran

SEOUL, 4 OKT – Samsung Electronic berkata ia telah menamatkan pengeluaran telefon pintar di kilang terakhirnya di China.

Samsung berkata ia telah menghantar kenyataan melalui e-mel hari ini bahawa ‘sudah tiba masanya untuk membuat keputusan sukar iaitu menghentikan operasi Samsung Electronics Huizhou’ di China pada lewat September.

Ia menyatakan bahawa keputusan itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan bagi mendorong keberkesanan dalam kemudahan pengeluaran syarikat.

Syarikat tersebut menyatakan bahawa ia melaksanakan proses-proses betul di bawah undang-undang China untuk menarik diri.

Samsung menutup sebuah lagi kilang di Tianjin, China, tahun lepas.

Media Korea Selatan berkata Samsung menghentikan pengeluaran telefon pintar di pasaran telefon pintar terbesar dunia itu adalah disebabkan meningkatnya kos buruh di China. – AP