Samsung kekal jenama keenam terbaik

wKUALA LUMPUR, 18 OKT – Samsung Electronics Co Ltd mengekalkan kedudukannya di tempat keenam dalam senarai Best Global Brands 2019 Interbrand dengan nilai jenama AS$61.1 bilion, peningkatan dua peratus nilai jenama berbanding tahun lepas. Dalam kenyataan hari ini, ia berkata faktor utama yang memain peranan penting dalam pertumbuhan Samsung ialah pelancaran produk-produk inovatif berterusan yang sesuai dengan gaya hidup, trend, dan keperluan baharu pengguna termasuk peti sejuk BESPOKE, Sero TV, dan Galaxy Fold. – Bernama