Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Samsung lancar telefon pintar siri-J

    SELEPAS pelancaran Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8+, Samsung telah melancarkan Samsung Galaxy J3 Pro.

    Sama seperti telefon pintar Samsung siri-J lain, Samsung Galaxy J3 Pro mempunyai ciri bingkai logam.

    Telefon pintar ini juga mempunyai punat utama seperti telefon pintar Samsung lain.

    Ia juga mempunyai ciri S bike mode iaitu ciri istimewa yang ditampilkan untuk para penunggang basikal yang tidak memerlukan sentuhan tangan.

    Samsung Galaxy J3 Pro mempunyai dual-SIM dan dijanakan oleh Android 5.1 Lollipop.

    Samsung Galaxy J3 Pro mempunyai ciri S bike mode iaitu ciri istimewa yang ditampilkan untuk para penunggang basikal yang tidak memerlukan sentuhan tangan.
    Samsung Galaxy J3 Pro mempunyai ciri S bike mode iaitu ciri istimewa yang ditampilkan untuk para penunggang basikal yang tidak memerlukan sentuhan tangan.

    Ia mempunyai paparan 5 inci Definisi Tinggi (720×1280 piksel) Super AMOLED dan dikuasakan oleh pemprosesan 1.5GHz Spreadtrum empat teras dan digandingkan dengan RAM 2GB.

    Telefon pintar ini didatangkan dengan simpanan 16GB dan dapat ditambah sehingga 128GB melalui kad microSD.

    Ia mempunyai kamera belakang 8-megapiksel dengan pancaran cahaya LED dan apertur f/2.2 dan kamera depan 5-megapiksel.

    Kamera belakangnya mampu merakam video definisi tinggi penuh pada 30fps. Samsung Galaxy J3 Pro berukuran 142.2×71.3×7.9 mm dan mempunyai berat 138 gram.

    Galaxy J3 Pro menyokong 4g, GPRS/ EDGE, 3G, Wi-Fi 802.11 b/g/n, Bluetooth, GPS/ A-GPS, Glonass, NFC, FM radio, jek audio 3.5mm dan pilihan sambungan Micro-USB.

    Telefon pintar ini mempunyai bateri sebesar 2600mAh.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda