Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Samsung mula hasilkan cip canggih 3nm

    SEOUL, 30 JUN – Samsung Electronics menjadi pembuat cip pertama di dunia yang menghasilkan mikrocip 3-nanometer canggih secara besar-besaran, kata syarikat itu hari ini, ketika ia berusaha untuk menyaingi TSMC dari Taiwan.

    Cip baharu itu lebih kecil, berkuasa dan efisien, akan digunakan dalam aplikasi pengkomputeran berprestasi tinggi sebelum dimasukkan ke dalam gajet seperti telefon bimbit.

    “Berbanding dengan pemproses 5nm, pemproses 3nm generasi pertama itu boleh mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 45 peratus, meningkatkan prestasi sehingga 23 peratus dan mengurangkan penggunaan ruang hingga 16 peratus,” kata Samsung dalam satu kenyataan.

    Konglomerat Korea Selatan bulan lalu mengumumkan rancangan lima tahun untuk melabur 450 trilion won (AS$356 bilion), mengatakan ia akan ‘meneruskan rancangan penghasilan cip secara besar-besaran berdasarkan proses 3-nanometer’.

    Majoritinya, hanya dua buah syarikat sahaja yang menghasilkan mikrocip paling canggih di dunia iaitu Samsung dan TSMC, Taiwan – kedua-duanya beroperasi dalam kapasiti penuh untuk memenuhi kekurangan cip di seluruh dunia.

    Samsung merupakan pasaran utama dalam cip memori namun ia bergelut untuk menyaingi TSMC dalam perniagaan faundri canggih.

    TSMC mendominasi lebih separuh daripada pasaran faundri global, dengan klien termasuk Apple dan Qualcomm, sementara Samsung mengaut sekitar 16 peratus pasaran saham, menurut TrendForce.

    TSMC merancang untuk memulakan pengeluaran besar teknologi 3-nanometer dalam suku kedua tahun ini dan telah memasuki fasa pembangunan teknologi 2-nanometer tahun lalu, menurut laporan tahunan 2021 yang dikeluarkan syarikat itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...