Samsung perkenal lebih banyak produk mapan

KUALA LUMPUR, 13 JULAI – Samsung Electronics telah mengambil pendekatan dengan menghasilkan produk-produk yang lebih mapan termasuk mengamalkan inovasi dan penyelesaian yang mengutamakan planet.

Dalam kenyataan hari ini, ia berkata pereka bentuk Samsung mempromosikan pengalaman telefon pintar yang lebih mapan dengan mengurangkan penggunaan plastik dan vinil dalam pembungkusan dan sarung pelindung telefon daripada bahan kitar semula.

“Pembungkusan Siri Galaxy S peka persekitaran adalah kemuncak kepada kerja keras selama 10 tahun,” katanya.

Beliau berkata Galaxy S3 pada 2012 adalah peranti pertama dalam siri ini yang menampilkan bahan kitar semula dalam pembungkusannya diikuti Samsung yang secara rasminya memperkenalkan pembungkusan mudah alih peka alam sekitar menggunakan kertas terbuang pada tahun berikutnya bagi Galaxy S4.

“Galaxy S5 dan siri baru-baru ini telah dilengkapi lebih banyak elemen peka alam sekitar termasuk vinil terbiodegradasikan dan dakwat soya bebas petroleum,” kata Samsung. – Bernama