SEOUL, 7 April – Samsung Electronics berkata hari ini ia menjangka keuntungan meningkat sebanyak separuh pada suku pertama, meskipun kegagalan penarikan balik telefon pintar dan penahanan pemimpin de factonya.
Ramalan itu akan keluar sebagai berita alu-aluan untuk syarikat Korea Selatan selepas tempoh sukar di mana ia terpaksa membuang Galaxy Note 7 selepas berlakunya beberapa kebakaran bateri.
Masalah berkenaan menelan kos berbilion dolar dalam kerugian untuk syarikat dan menjejas reputasi dan kredibilitinya.
Naib pengerusi Lee Jae-Yong, waris kepada kumpulan induk Samsung, telah ditahan sejak itu dan didakwa atas rasuah, bersama empat eksekutif kanan lain, berhubung dengan skandal rasuah yang melihat bekas presiden Park Geun-Hye didakwa.

Pada hari ini, pengeluar cip memori dan telefon pintar terbesar di dunia berkata ia menjangka keuntungan operasinya dalam tempoh Januari hingga Mac mencecah 9.9 trilion won, meningkat 48.2 peratus berbanding setahun sebelumnya, disebabkan jualan cip memori dan panel paparan yang kukuh.
Ia menandakan keuntungan operasi suku kedua tertinggi yang pernah dicatat oleh Samsung. Keuntungan operasi suku terbesarnya berjumlah 10.1 trilion won, dicatat pada suku ketiga 2013.
Peningkatan dalam keuntungan operasi dicatat meskipun jualan Samsung hanya bertambah sebanyak 0.44 peratus kepada 50 trilion won. – AFP