Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Samun: Wanita maut dijerut kabel pengecas telefon

    KUANTAN, 5 JULAI – Seorang wanita maut dipercayai akibat dijerut dalam kejadian samun di sebuah rumah di Felda Mengkuang, Bera, hari ini.

    Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata suspek dikatakan telah memasuki rumah berkenaan pada awal pagi menerusi pintu belakang sebelum ke bilik tidur mangsa berusia 52 tahun itu.

    “Mangsa dipercayai telah dijerut dengan kabel pengecas telefon, manakala suami mangsa berusia 60 tahun turut cedera di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata suspek juga dikatakan telah melarikan wang tunai kira-kira RM6,000 dan kereta jenis Honda City milik suami mangsa. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...