Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    San-Air diperakui mampu singkirkan bakteria

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MEI – Salah satu produk Australia, San-Air telah diperakui mampu membunuh mikroorganisma atau patogen yang menyebabkan penyakit seperti kuman, bakteria, kulat, fungus dan virus termasuklah COVID di udara atau atas permukaan menerusi pensanitasian mahupun pembersihan udara secara langsung.

    Menurut kenyataan yang diberikan, formula dan produk berkenaan yang telah mendapat perakuan daripada TGA, Jabatan Kesihatan, kerajaan Australia, merupakan hasil penemuan oleh saintis Australia, Daniel Massaioli dan bertujuan untuk menyediakan produk berkualiti tinggi serta paling berkesan untuk penyingkiran kulat, bakteria dan mikroorganisma yang lain dalam ruang udara dalaman dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi yang mampan.

    San-Air juga telah diuji mampu membunuh nyamuk dan bertindak sebagai penghalau nyamuk. Dalam pada itu, San-Air juga telah diperakui oleh penyelidik bebas seperti Eurofins, Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA), University of New South Wales, Australia dan makmal bebas yang lain.

    Produk berkenaan mempunyai ciri-ciri yang menakjubkan iaitu bahan sebenar, terbukti, tiada gimik, dan mudah alih yang bertujuan untuk melindungi keberadaan orang di tempat tertutup seperti rumah, pejabat, bilik darjah, klinik, wad malah boleh dibawa ke dalam kereta, bas, kapal terbang dan feri.

    Satu lagi rangkaian produk San-Air, San-Wear bertujuan untuk melindungi ruang individu yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak dengan adanya minyak pati V#R yang disesuaikan penggunaannya untuk dijadikan rantai leher dan gelang.

    San-Air telah diperakui mampu membunuh mikroorganisma atau patogen yang menyebabkan penyakit termasuklah COVID di udara atau atas permukaan menerusi pensanitasian mahupun pembersihan udara secara langsung. – Gambar serahan San-Air

    Ia dirumus secara saintifik dengan 100 peratus semula jadi berasaskan tumbuhan dan dihasilkan daripada 20 bahan berkualiti tinggi, sangat selamat, tiada bahan kimia dan tiada bahan bertoksik serta sangat selamat untuk dihidu mahu pun disentuh.

    Malah ia juga bersesuaian untuk anak damit, haiwan peliharaan dan tumbuh-tumbuhan serta diletakkan di ruang makanan.

    Ia juga tidak menghakis, tidak merosakkan sebarang peralatan dan mesra alam. tanpa kos tersembunyi, tiada bil elektrik atau caj perkhidmatan selepas jualan dengan 24/7 tanpa gangguan di mana tahan lama, menjadikan San-Air antara yang paling praktikal dan nilai untuk wang yang tidak boleh diabaikan terutamanya apabila tiada bukti COVID telah berakhir.

    Dalam pada itu, San-Air turut mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam.

    SAN-AIR ialah syarikat Australia yang menggunakan bahan-bahan semula jadi, mampan, berkualiti tinggi untuk menghasilkan pelbagai produk dengan dilakukan proses pembuatannya di Australia demi menjamin tahap kualiti produk setiap masa.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...