San Antonio Spurs tanpa Aldridge

AMERIKA SYARIKAT, 9 JUN – Tujuh kali All-Star, LaMarcus Aldridge kehilangan baki musimnya ketika dia sedang menjalani pemulihan dari pembedahan di bahu kanannya, satu tamparan besar kepada Spurs selepas musim menjelang kembali seperti yang dirancang.

Spurs mengumumkan semalam bahawa Aldridge menjalani pembedahan pada 24 April lalu, berpunca dari kecederaan yang dialaminya dalam pertandingan menentang Utah pada 21 Februari. San Antonio adalah salah satu daripada 22 pasukan yang akan melapor diri ke kompleks ESPN Wide Wide Of Sports di Disney Orlando, Florida, mulai bulan depan, ketika NBA merancang untuk memulakan kembali musimnya.

Spurs telah mara ke playoff dalam 22 musim berturut-turut, sepadan dengan rekod terpanjang dalam sejarah NBA. Apabila perlawanan disambung semula, Spurs akan berada bersama empat pasukan yang lain iaitu Portland, New Orleans dan Sacramento yang semua-nya dipisahkan oleh separuh permainan dalam perlumbaan tempat kesembilan di Western Conference.

Jurang antara empat pasukan adalah 0.010 peratus. Aldridge bermain dalam dua perlawanan setelah cedera, termasuk satu perlawanan pada 10 Mac, ketika dia menjaringkan 24 mata dalam kemenangan Spurs ke atas Dallas.

NBA menangguhkan musimnya keesokan harinya kerana wabak COVID-19.

Aldridge yang berusia 35 tahun bulan depan menamatkan musim ini dengan purata 18.9 mata dan 7.4 rebound dalam keseluruhan perlawanan.

Spurs mengatakan Aldridge “diharapkan dapat sepenuhnya kembali pulih dan kembali bermain bola keranjang” tepat pada waktunya untuk kem latihan menjelang musim depan. – AP

Reaksi LaMarcus Aldridge ketika meraikan jaringan mata semasa menentang Dallas Mavericks di separuh masa kedua perlawanan NBA di San Antonio, pada 10 Mac lalu. – AP