Sancho dan Bundesliga tidak akan dihukum

BERLIN, 4 JUN – Pemain Bundesliga termasuk Jadon Sancho yang mengadakan tunjuk perasaan semasa perlawanan baru-baru ini berikutan kematian seorang lelaki Amerika Syarikat, George Floyd tidak akan dihukum, kata Persekutuan Bola Sepak Jerman semalam.

Dalam satu kenyataan, DFB mengatakan “tidak ada tindakan akan diambil terhadap pemain Borussia Dortmund, Sancho dan Achraf Hakini, pemain tengah Schalke, Weston McKennie dan penyerang Perancis dari Borussia Moenchengladbach, Marcus Thuram kerana simbol perpaduan mereka.

“Pendekatan ini juga akan diambil sekiranya pemain selanjutnya membuat demonstrasi mengenai perkauman dan kematian Floyd sepanjang hari perlawanan yang akan datang,” tambah DFB.

Setelah menjaringkan gol dalam kemenangan Dortmund di Paderborn pada Ahad lalu, pemain sayap England, Sancho mengangkat bajunya untuk mengungkapkan mesej “Justice for George Floyd”.

Kematian Floyd setelah seorang anggota polis melutut di lehernya selama beberapa minit telah mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran selama lapan hari di bandar-bandar AS.

Hakimi dan McKennie menyatakan gesaan serupa untuk keadilan, sementara pemain Perancis, Thuram, pemenang Piala Dunia, Lilian Thuram, berlutut setelah menjaringkan gol untuk Gladbach sebagai ingatan kepada Floyd, mengulangi tunjuk perasaan serupa juga dibuat oleh pemain NFL, Colin Kaepernick pada 2016.

Pada hari Selasa, ketua FIFA Gianni Infantino mengatakan bahawa pemain yang menuntut keadilan untuk Floyd, harus dipuji.

DFB telah melancarkan penyiasatan mereka terhadap penghormatan para pemain dengan mengikuti panduan dari pembuat undang-undang sukan itu, Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa. – AFP