Sancho sedia hadapi Spurs

DORTMUND, Jerman, 12 Feb – Jadon Sancho dihujani dengan permintaan tiket dari keluarga dan sahabatnya bagi aksi kembali di London awal pagi Khamis ini apabila Borussia Dortmund menghadapi Tottenham Hotspur di Wembley dalam persaingan Liga Juara-Juara.

Pemain sayap England berusia 18 tahun itu berkata dia telah meminta ‘sekitar 30 keping tiket’ dari kelabnya di Jerman bagi persaingan pertama 16 pusingan terakhir di bandar kediamannya.

“Semua orang menghantar mesej kepada saya berkata, ‘Saya memerlukan tiket!’ Ia adalah besar. Saya beraksi di depan keluarga saya, yang mana adalah sesuatu yang selalu saya mahu lakukan sejak saya kecil lagi. Ia adalah Wembley. Saya tidak sabar menunggu.”

Seperti yang dilakukannya sepanjang musim, Sancho menyerlah pada Sabtu lalu, menjaringkan gol pembukaan dan menjadi perancang dua jaringan untuk keputusan seri 3-3 bagi pendahulu Bundesliga itu di gelanggang sendiri menentang Hoffenheim.

Perlawanan menentang Spurs di padang Wembley adalah aksi kepulangan bagi Sancho, salah seorang bintang dari pasukan Dortmund yang berusaha untuk mengetepikan Bayern Munich musim ini. – AFP

Pemain Dortmund, Sancho (tengah) ketika beraksi menentang Hoffenheim di Dortmund, pada 9 Februari lalu. – AFP