ISTANBUL, 9 NOV – Calon Republikan, Sarah Huckabee Sanders yang berkhidmat sebagai setiausaha akhbar Rumah Putih ketika pentadbiran Trump memenangi pemilihan gabenor di Arkansas pada Selasa.
Sanders mengalahkan Chris Jones dari Demokrat yang merupakan jurutera nuklear, sekali gus menjadi gabenor wanita pertama di negeri itu, lapor Agensi Anadolu memetik Associated Press. Beliau akan menggantikan Gabenor Republikan Asa Hutchinson. – Bernama
