Sanders letak jawatan

WASHINGTON, 26 JUN – Pemangku Pesuruhjaya Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (AS), John Sanders memberikan bayangan akan meletak jawatan berikutan peningkatan jumlah pendatang tanpa izin yang menyeberangi sempadan AS-Mexico, lapor agensi berita Xinhua.

Beliau memberikan bayangan itu menerusi mesej yang dihantar kepada pegawai agensi terbabit.

Dalam mesejnya itu beliau tidak menyatakan sebab peletakan jawatannya yang akan berkuat kuasa 5 Julai.

Baru-baru ini, agensi itu dikritik kerana gagal mengekang kemasukan keluarga migran di sepanjang sempadan.

Media tempatan melaporkan ratusan kanak-kanak migran telah dipindahkan dari fasiliti Peronda Sempadan di Texas.

Pada Mei, pegawai penguatkuasa undang-undang AS menahan lebih 130,000 orang yang cuba menyeberangi sempadan secara haram, jumlah bulanan tertinggi dalam tempoh 13 tahun. – Bernama

Gambar fail bertarikh 15 Mei menunjukkan pemangku Pesuruhjaya Kastam dan Perlindungan Sempadan AS John Sanders (kiri) menyertai Pengerusi Jawatankuasa Kehakiman Senat Lindsey Graham (kanan), di Capitol Hill di Washington. Sanders berkata beliau akan meletak jawatan pada 5 Julai. – AP