Sunday, March 23, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sanders mendahului persaingan di California

    WASHINGTON, 13 MAC – NBC News meramalkan Senator Bernie Sanders dari Vermont bakal menang besar di California dalam pemilihan ‘Super Tuesday’, yang menyaksikan jumlah perwakilan terbesar, lapor agensi berita Xinhua memetik NBC pada Khamis.

    Dengan 88 peratus undi, Sanders mendahului sebanyak 34.3 peratus, manakala bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengikuti di belakang dengan 27.6 peratus.

    Senator Elizabeth Warren dari Massachusetts dan bekas Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg di tempat ketiga dan keempat, masing-masing memperoleh 13.3 dan 12.9 peratus undi. Kedua-duanya tersingkir dalam persaingan itu.

    California mempunyai 415 perwakilan. Pada masa ini, Sanders memperoleh 202 perwakilan manakala Biden 148, menurut NBC News. Secara keseluruhan, Biden mendahului persaingan dengan memiliki 848 perwakilan berbanding Sanders 695.

    Untuk menjadi pemenang, calon Demokrat perlu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 1,991 perwakilan.

    Biden dan Sanders akan bersaing di Washington dalam debat umum pada Ahad. – Bernama

    Calon presiden parti Demokratik, Senator Bernie Sanders, diramal akan memenangi dalam pemilihan ‘Super Tuesday’ di California. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda