Thursday, March 23, 2023
22.9 C
Brunei

-

Sandra Bullock kini fokus kerja penerbit

Gara-gara terlalu penat dengan jadual kerja, pelakon Sandra Bullock mengumumkan dia berehat dari menerima mana-mana tawaran berlakon sejak awal tahun lalu.

Menurut Bullock, kesibukan kerja sebagai pelakon dengan jadual di set penggambaran membuat dia berasa tidak boleh membuat sebarang keputusan atau perancangan untuk diri sendiri.

“Saya tidak mahu terikat dengan jadual kerja selain jadual saya sendiri.

“Saya sangat penat. Sepanjang berlakon saya tahu saya tidak boleh membuat keputusan yang bijak dan sihat,” katanya seperti yang dipetik dari The Hollywood Reporter.

Pelakon The Proposal ini bagaimanapun sentiasa bersyukur dengan perjalanan kerjaya yang telah dilalui selama ini.

Meskipun tidak memberitahu berapa lama tempoh dia akan berehat, Bullock masih aktif dalam dunia seni sebagai seorang penerbit.

“Saya sangat bertuah kerana kerja ini. Ia telah menjadi ’tongkat’ dalam hidup saya.” – Agensi

Sandra Bullock mengumumkan dia berehat dan tidak menerima mana-mana tawaran berlakon sejak awal tahun lalu. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -