Sandra Dewi bingung cara guna dapur elektrik!

Gelagat pelakon Sandra Dewi ketika mahu memasak gulai ayam mencuit hati pengikutnya di Instagram.

Menerusi laman tersebut, Sandra mengakui baru pertama kali memasak dan menggunakan peralatan di dapur berkenaan.

“Ini pertama kali saya memasak dan ini kali pertama saya menggunakan dapur elektrik milik suami, Harvey Moeis.

“Saya tidak pernah menggunakan dapur ini seumur hidup, selalu guna dapur yang ada tombol, dapur ini flat sahaja, jadi saya pun tak tahu (api) menyala atau tidak!,” katanya.

Dalam video tersebut, ibu kepada dua orang anak ini turut kelihatan kebingungan ketika meletakkan posisi periuk di atas dapur tersebut sehinggakan individu di belakang ka-mera membantu.

Perkongsiannya itu menarik perhatian pengikut dan rata-ratanya mengakui tercuit hati menonton aksi bersahaja Sandra itu.

“Princess akhirnya turun ke dapur untuk memasak.

“Jangan risau, kalau masakan tidak sedap… aku akan marah gulai itu nanti! Kak te-nang saja ya!,” komen warganet. – Agensi

Sandra mengakui baru pertama kali memasak dan menggunakan peralatan dapur elektrik milik suami. – Agensi