Sane bakal sertai Bayern?

BERLIN, 15 APRIL – Agen baharu Leroy Sane berkata pemain sayap Manchester City masih mempunyai harapan untuk menyertai Bayern Munich, selepas potensi perpindahan tergendala disebabkan oleh kecederaan lutut yang serius.

“FC Bayern adalah satu-satunya kelab di Jerman yang Leroy boleh bayangkan sebagai langkah kariernya yang seterusnya,” agen Sane, Damir Smoljan memberitahu majalah Sport Bild hari ini.

“Dia percaya suasananya adalah sesuai untuk dirinya bagi mengecap matlamat utamanya: memenangi Liga Juara-Juara.”

Pemain berusia 24 tahun, Sane dilihat sebagai salah seorang bakat Jerman yang menyerlah dan menjaringkan lima gol dalam 21 penampilan untuk negaranya. Dia memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim 2017/2018 dan 2018/2019.

Dia dilihat semakin hampir untuk menyertai Bayern pada Ogos lalu sebelum mengalami kecederaan ligamen lututnya semasa perlawanan Piala Sumbangsih menentang Liverpool di Wembley, dan telah menangguhkan perpindahan tersebut.

Sebelum kecederaan melanda, Sane dikhabarkan akan berpindah ke Munich dengan perpindahan yuran dilaporkan melebihi 100 juta euro. – AFP

Leroy Sane yang sebelum ini hampir pasti menyertai Bayern Munich sebelum mengalami kecederaan pada bahagian lutut, kini sekali lagi dikaitkan dengan perpindahan pulang ke Jerman. – AFP