Sane mulakan sesi latihan pertama bersama Bayern

BERLIN, 14 JULAI – Leroy Sane kini memulakan sesi latihan pertama bersama Bayern Munich kelmarin seminggu sebelum sebahagian besar skuad tersebut kembali dari percutian.

Pemain sayap Jerman berusia 24 tahun itu menandatangani perjanjian selama lima tahun bersama Bayern minggu lalu selepas perpindahan dari Manchester City sekitar 50 juta euro.

Dengan skuad Bayern ketika ini sedang menghabiskan cuti selama dua minggu selepas memenangi dua kejohanan domestik dan latihan penuh akan disambung semula pada minggu hadapan, Sane telah memulakan sesi latihan kelmarin bersama dengan pemain pertahanan Niklas Suele.

Kedua-dua Suele dan Mane menjalani latihan kecergasan selepas diketepikan selama beberapa bulan akibat daripada kecederaan ligamen lutut.

“Sesi latihan pertama yang bagus,” Sane menulis dalam akaun Instagram miliknya selepas mengadakan sesi latihan bersama dengan jurulatih kecergasan Bayern.

“Ia sangat baik untuk kembali berada di atas padang dan menjalani sesi pertama saya. Saya sangat teruja berada di sini,” tambahnya dalam laman web rasmi kelab. – AFP