Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Sangeeta malu tonton filem lakonan sendiri

    Lain orang, lain ragamnya. Begitulah juga pelakon Sangeeta Krishnasamy mendedahkan tidak suka menonton filem lakonannya sendiri.

    Sangeeta berkata, dia menolak untuk menonton tak kira ketika majlis pra-tonton atau filem ditayangkan di pawagam.

    “Saya tak tahu, sukar menjelaskan kenapa saya tidak suka menonton filem lakonan sendiri.

    “Mungkin boleh dianggap sebagai ketakutan sukar dibendung. Sejujurnya, saya tak selesa melihat wajah atau mendengar suara sendiri.”

    Persoalan diajukan kepada pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-29 ketika kelihatan berada di luar pawagam pada malam gala dan pra-tonton filem Juang di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Sangeeta mempunyai cara tersendiri untuk menyokong filem sendiri ketika ditayangkan di pawagam. – Agensi

    Bintang filem Adiwiraku itu berkata, dia ada cara menyokong filem lakonan sendiri ketika ditayangkan di pawagam.

    “Tak mungkin saya beli tiket menonton filem lakonan sendiri. Tetapi, saya akan membelikan tiket untuk keluarga dan rakan,” katanya.

    Filem Juang dihasilkan sebagai san- jungan tinggi terhadap perjuangan petugas barisan hadapan ketika era pandemik COVID.

    Dihasilkan oleh lima orang pengarah prolifik negara iaitu Aziz M Osman, Datuk Yusry Abdul Halim, Kabir Bhatia, Osman Ali dan diketuai Matt Lai, karya ini dipersembahkan seperti menonton dokumentasi kisah benar.

    Karya itu mengangkat apresiasi dan penghormatan tiada galang ganti kepada petugas barisan hadapan dalam suasana pandemik serta keadaan perit dilalui seluruh rakyat Malaysia.

    Idea dan kritis pandangan lima sutra- dara projek mega dihasilkan dengan kos RM6 juta itu turut mencatat sejarah apabila telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records kerana membabitkan lebih 500 pemain seni termasuk pelakon dan kru.

    Selain Sangeeta, Juang dibintangi Datuk Rosyam Nor, Vanidah Imran, Zizan Razak, Zul Ariffin, Janna Nick, Jack Lim, Steve Yap dan ramai lagi. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...