Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Sanggup curi jambatan besi 60 kaki

    NEW DELHI, 10 APRIL – Pencuri besi buruk di timur negeri Bihar, India telah mencuri sebuah jambatan besi sepanjang 60 kaki, kata pegawai kelmarin.

    Jambatan itu dilaporkan seberat 500 tan, dicuri dari kampung Amiyawar di daerah Rohtas, kira-kira 119km ke barat daya Patna, ibu kota Bihar.

    Menurut penduduk tempatan, jentera berat dan pemotong gas digunakan untuk membongkar rangka besi jambatan. Sebaik sahaja ia dibongkar, besi diangkut menggunakan kenderaan.

    Arshad Kamal Shamshi, seorang jurutera di jabatan saliran tempatan memberitahu media bahawa pencuri menyamar sebagai pegawai jabatan mekanikal, menurut laporan penduduk tempatan. Shamshi mengatakan jabatannya telah melaporkan kes itu kepada polis. – Xinhua

    Besi jambatan menarik pencuri yang mahu menjualnya sebagai besi buruk.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...