Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Sania Mirza hasrat bersara selepas 2022

    NEW DELHI, 20 JAN – Sania Mirza, bintang tenis India, berhasrat menggantung raketnya pada penghujung tahun ini.

    Keputusannya untuk bersara daripada dunia tenis dibuat berikutan kekalahannya pada pusingan pertama beregu wanita di Terbuka Australia 2022 kelmarin.

    “Saya telah memutuskan bahawa ini akan menjadi musim terakhir saya. Saya telah berniat minggu demi minggu. Tidak pasti sama ada saya boleh bertahan musim ini, tetapi saya berhasrat untuk melakukannya,” Sania dilaporkan sebagai berkata menerusi laporan media.

    “Tubuh saya semakin lesu. Lutut saya benar-benar sakit hari ini dan saya tidak mengatakan ia punca kekalahan kami, tetapi saya fikir ia akan mengambil masa untuk pulih disebabkan usia saya semakin meningkat,” kata pemain berusia 35 tahun itu.

    Berasal dari bandar selatan Hyderabad dan berkahwin dengan bintang kriket Pakistan, Shoaib Malik, Sania berehat selama dua tahun selepas melahirkan zuriatnya pada 2018.

    Sania berkata dia mengabaikan anak lelakinya yang berusia tiga tahun dengan melakukan banyak perjalanan bersama dan “itu adalah sesuatu yang perlu saya ambil kira.”

    Sania antara selebriti terkemuka India dan mempunyai jutaan pengikut di media sosial.

    Beliau dengan rakan senegaranya, Mahesh Bhupathi memenangi gelaran beregu campuran Terbuka Australia pada 2009 dan pasangan itu turut memenangi beregu campuran Terbuka Perancis tiga tahun kemudian.

    Satu lagi kejayaannya menerusi beregu campuran Terbuka Amerika Syarikat 2014 ketika bergandingan dengan pemain Brazil, Bruno Soares. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...