Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Sanjay Dutt kongsi saat diberitahu hidap kanser paru-paru

    Disahkan mengidap penyakit kanser paru-paru tahap empat pada 2020, pelakon Sanjay Dutt mendedahkan dia mengetahui keadaan dirinya itu selepas mengalami kesukaran untuk bernafas.

    Memetik laporan HindustanTimes Sanjay memberitahu dia melakukan pemeriksaan dan kelihatan keadaan paru-parunya sudah separuh ditutupi air.

    “Ia seperti hari biasa ketika negara dalam perintah berkurung. Dan pada hari itu, saya menaiki tangga dan tiba-tiba saya sukar untuk bernafas.

    “Saya sudah mandi, saya tak boleh nak bernafas, saya tidak tahu apa yang terjadi, saya terus hubungi doktor saya. Pemeriksaan imbasan X dapat lihat paru-paru saya lebih separuh tertutup dengan air.

    “Doktor terpaksa mengeluarkan air tersebut. Mereka berharap ia adalah TB (tuberkulosis) tetapi ia ternyata kanser,” katanya.

    Dalam pada itu, Sanjay turut mengakui dia menangis selama tiga jam selepas kakaknya sendiri memaklumkan bahawa dirinya mengidap kanser.

    “Macam mana nak beritahu saya, ia satu isu yang besar. Saya mungkin akan tumbuk muka seseorang.” – Agensi

    Sanjay terkenang saat dia diberitahu menghidap kanser paru-paru tahap empat. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...