Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Sanjay Dutt tidak sabar menanti perkahwinan Alia, Ranbir

    Selain peminat, rakan selebriti juga nampaknya tidak sabar menantikan majlis perkahwinan pasangan pelakon Alia Bhatt dan Ranbir Kapoor yang akan berlangsung tidak lama lagi.

    Salah seorang selebriti yang turut meluahkan rasa teruja dengan perkhabaran gembira itu ialah pelakon terkenal, Sanjay Dutt. Selain mengharapkan perkahwinan pasangan ini berkekalan, Sanjay turut berdoa agar mereka segera dikurniakan cahaya mata.

    “Jika dia akan berkahwin, saya sangat gembira. Saya melihat proses pembesaran Alia sejak dia lahir lagi. Perkahwinan adalah komitmen antara satu sama lain dan mereka harus berpegang pada itu.

    “Sentiasa berpegangan tangan antara satu sama lain dan bergerak ke hadapan dalam kebahagiaan, keamanan dan kemuliaan.

    “Semoga cepat dapat anak dan kekal bahagia,” katanya.

    Sebelum ini, Alia dan Ranbir pernah memberitahu mereka terpaksa menangguhkan perancangan untuk berkahwin akibat pandemik COVID.

    Bagaimanapun sehingga kini tarikh perkahwinan Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt masih menjadi tanda tanya selepas beberapa kali tertunda.

    Sumber memberitahu tarikh sebenar perkahwinan mereka setakat ini dijangkakan berlangsung selepas kediaman mereka siap diubah suai pada Oktober nanti. – Agensi

    Sanjay mempunyai hubungan rapat dengan Alia dan Ranbir. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...